Keluaran The Donkey King

Tarikh tayangan filem diisytiharkan pada 13 Oktober 2018, meski tayangan rasmi digesakan 1 hari lebih cepat dari rancangan di seluruh Pakistan, dan ditayangkan sesuai dengan jadual di bandar Karachi, Pawagam Nueplex.[7][8][9]

Setakat 2020, Si Raja Himar telah dikeluarkan pada 10 negara di peringkat antarabangsa dengan alih suara tempatan.[6] Si Raja Himar berjaya menjadi wayang Pakistan pertama yang tayang di Korea Selatan pada 28 Ogos 2019,[10] dan Sepanyol pada 4 Oktober 2019,[11] di negara itu filem dialih suara menjadi 3 bahasa tempatan – Sepanyol, Catalonia dan Basque – yang ditayangkan dengan tajuk berbeza El Rey Burro, El Rei Ruc and Asto Erregea di 50 pawagam negeri itu.[12] Filem ini juga dikeluarkan di Rusia pada 5 Disember dengan alih suara Rusia[13] dan 100 pawagam sederum di Turkiye pada 20 Disember dengan alih suara bahasa tempatan.[14] Filem juga dijadualkan tayang di Colombia pada 9 Januari 2020.[15] Peru pada 13 Februari 2020.[16]Terakhir di China pada 19 November 2021.[17]

Media Pangkalan

Si Raja Himar juga tayang di saluran TV antarabangsa 3 hari lamanya pada Hari Raya Aidilfitri, pada bulan Mei 2020 di Geo Entertainment dan Geo News. Filem itu berjaya menjadi tayangan televisyen dari Pakistan dengan penengok antarabangsa terbanyak.[18][6]

Media Berdigit

Pada 23 Jun 2020, Janson Media memuat naik pratonton bagi Si Raja Himar yang mana mereka mengisytiharkan bahawa filem ini cawis dalam bentuk penstriman pada 3 Julai; di United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat. Filem ini cawis dalam strimtalian di Amazon Prime Video dengan alih suara bahasa Inggeris.[6]

Rujukan

WikiPedia: The Donkey King http://mecinemas.com/movie_details.php?code=HO0000... https://www.thenews.com.pk/magazine/instep-today/3... https://web.archive.org/web/20200316174643/https:/... https://www.entertainmentpk.com/exclusive-the-donk... https://dailytimes.com.pk/636555 http://www.entertainmentpk.com/the-donkey-king-day... https://www.geo.tv/latest/214671 https://www.thenews.com.pk/print/380139 https://web.archive.org/web/20190820101315/https:/... https://www.entertainmentpk.com/the-donkey-king-se...